AFFIN ISLAMIC Logo

Pembiayaan Perumahan-i Affin Islamic Bank

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Keuntungan
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.95 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Bertempoh
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Pembiayaan

RM
tahun
Kadar Keuntungan
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPembiayaan Perumahan-i Affin Islamic Bank?

  • Pakej Full Flexi

  • Tiada caj penyelesaian awal

icon Kelayakan

Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Maklumat Lanjut Mengenai Produk Tersebut

  • Pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC mempunyai tempoh tertutup selama 3 hingga 5 tahun berdasarkan pakej. AFFIN ISLAMIC menawarkan pakej pembiayaan perumahan inovatif – Home Invest-i dan Home Assist Plus-i. Kedua-dua pakej adalah sebahagian daripada produk pembiayaan baru berdasarkan Musharakah Mutanaqisah (MM) atau Perkongsian Berkurangan. Bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan kurang daripada RM200,000, Home Assist Plus-i merupakan pakej yang ideal bagi anda. Tawaran ini termasuk sehingga 95% margin pembiayaan, termasuk pembiayaan 5% Gadai Janji Takaful (MRTT ). Kesemua kadar keuntungan pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC dikira berdasarkan baki harian. Untuk nilai hartanah RM200,000 dan ke atas , anda boleh memohon Home Invest-i, dan mendapatkan pembiayaan sehingga 95%, termasuklah pembiayaan MRTT 5%. Pemohon boleh mendapatkan pembiayaan untuk tempoh maksimum 35 tahun ( mengikut peraturan terbaru oleh Bank Negara Malaysia ) atau sehingga umur 70 tahun, yang mana terdahulu.

  • AFFIN ISLAMIC menawarkan 2 pakej gadai janji yang menepati keperluan pelbagai individu, iaitu Home Invest-i dan Home Assist Plus-i. Ciri-ciri istimewa setiap pakej adalah seperti berikut:

    Produk Ciri-ciri Utama Jenis Pembiayaan
    Home Invest-i
    • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar keuntungan ke atas baki harian
    • Membenarkan pembayaran lebih dari jumlah ansuran bulanan
    • Khas untuk hartanah bernilai RM200,000 dan ke atas
    • 20% diskaun duti setem
    Pembiayaan tanpa flexi
    Home Assist Plus-i
    • Lebih penjimatan dengan kiraan kadar keuntungan ke atas baki harian
    • Khas untuk hartanah bernilai RM100,000 hingga RM200,000
    • 20% diskaun duti setem
    Pembiayaan tanpa flexi
  • AFFIN ISLAMIC tidak menawarkan Pakej Pembiayaan Perumahan Flexi untuk Home Invest-i dan Home Assist-i. Walaubagaimanapun AFFIN ISLAMIC menawarkan kemudahan pengeluaran fleksibel apabila dana diperlukan.

  • Tidak kira sama ada anda adalah warganegara Malaysia atau tidak, anda layak untuk memohon gadai janji ini sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan sedang mencari hartanah bernilai sekurang-kurangnya RM100,000. Bagi pakej Home Assist Plus-i, terdapat syarat minimum hartanah bernilai RM200,000 dan jumlah minimum pembiayaan sebanyak RM100,000.

  • Jika anda telah memohon gadai janji AFFIN ISLAMIC, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Kad Pengenalan
    • 3 bulan Slip Gaji terkini
    • 3 bulan Penyata Bank terkini (akaun gaji dimasukkan)
    • Borang BE/EA terkini
    • Salinan Tempahan atau Resit Pendahuluan atau Salinan Perjanjian jual beli
    • Surat Hak Milik Tanah (jika berkenaan)
    • 6 bulan Penyata Bank / Pembiayaan jika dibiayai semula
    • Penyata KWSP terkini
    • Surat Pengesahan Jawatan daripada majikan yang dialamatkan kepada Affin Islamic
    • Borang Permohonan yang telah diisi lengkap

    Untuk bekerja sendiri:

    • Borang Pendaftaran Peniagaan
    • 6 bulan Penyata Akaun Perniagaan/ Penyata Akaun Peribadi terkini
    • Borang B / E-Filing disertai dengan resit pembayaran cukai terkini
    • Akaun Untung & Rugi atau Akaun Pengurusan terkini
  • Anda boleh gunakan kalkulator pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah idaman anda serta jumlah pembiayaan. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney, dan kami akan hubungi anda semula. Permohonan pembiayaan perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pembiayaan perumahan dari AFFIN ISLAMIC ini adalah yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pembiayaan perumahan yang lain di Malaysia.

  • Beberapa cara yang anda boleh lakukan pembayaran pembiayaan perumahan AFFIN ISLAMIC termasuklah:

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Semasa-i / Simpanan-i AFFIN ISLAMIC anda untuk melakukan pembayaran secara online

    MEPS
    : Pembiayaan anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pembiayaan anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang terlibat atau melalui perbankan online Kemudahan Standing Instruction : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan

    Mesin ATM AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC
    : Pindahkan wang dari Akaun Semasa-i / Simpanan-i AFFIN ISLAMIC anda untuk melakukan pembayaran di mana-mana cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC bank

    Pembayaran melalui Pos
    : Poskan kepada AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank cek serta penyata anda di dalam sampul surat

    Perbankan Telefon
    : Bekalkan arahan melalui T-PIN supaya pembayaran pembiayaan perumahan anda dilakukan melalui pemotongan dari akaun bank

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package