- Kadar Faedah
- Anda Bayar
- RM /mth
Kadar pembiayaan yang menarik
Ibra’ (Rebat) untuk penyelesaian awal
Dijamin dengan kadar siling rendah kami apabila turun naik Kadar Asas
Tempoh Pinjaman: | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan: | 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA dengan AmLife Insurance |
Sesuai Untuk: | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
Terdapat pelbagai pakej pinjaman yang disediakan oleh AmBank untuk memenuhi keperluan berbeza bakal pemilik rumah. Pakej HomeLoan yang merupakan kombinasi pinjaman berjangka dan overdraf adalah produk paling popular AmBank. HomeLink, iaitu pinjaman perumahan full-flexi yang bersambung dengan akaun semasa anda membolehkan anda untuk merendahkan caj faedah dan memendekkan tempoh pinjaman jika anda sering melakukan pembayaran balik dalam jumlah yang lebih ke dalam akaun tersebut. AmBank juga menawarkan Skim Rumah Pertamaku yang direka untuk membantu belia yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan untuk membeli rumah pertama mereka. AmBank menerapkan konsep harga berdasarkan risiko untuk pelanggan individu yang bermaksud kadar faedah yang ditawarkan kepada setiap pelanggan adalah disesuaikan untuk mencerminkan profil risiko setiap permohonan. Laporan kredit baik serta tabiat perbankan yang bagus akan membantu anda mendapatkan tawaran kadar faedah yang lebih rendah dari AmBank. Pinjaman perumahan AmBank mempunyai tempoh lock-in selama 5 tahun, menjadikannya antara tempoh lock-in yang terpanjang di pasaran. Jika anda bercadang untuk menyelesaikan pembayaran semula pinjaman dalam tempoh 5 tahun, anda akan dikenakan pembayaran penalti sehingga 3% dari jumlah pinjaman terkumpul anda.
AmBank menawarkan pelbagai pakej pinjaman perumahan untuk memenuhi keperluan individu yang berlainan dalam bentuk HomeLoan, HomeLink dan My First Home Scheme. Ciri-ciri utama setiap pakej adalah seperti di bawah untuk memudahkan perbandingan anda.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
HomeLoan |
|
Tidak |
HomeLink |
|
Ya, Full-Flexi |
Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) |
|
Tidak |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Homelink | |
---|---|
Jenis Flexi | Full-Flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Ya |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | RM10 sebulan |
Yuran Pengeluaran | Tidak |
Terma & Syarat Pengeluaran | Tiada |
Pinjaman Perumahan AmBank terbuka untuk semua warganegara Malaysia dan permastautin tetap serta warga asing yang mempunyai permit kerja dan peminjam harus berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan AmBank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan AmBank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari AmBank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Pinjaman perumahan AmBank boleh dibayar melalui saluran-saluran mudah seperti di bawah:
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa AmBank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM AmBank
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa AmBank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Ambank.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan AmBank.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada AmBank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.