Bank Rakyat Logo

Pembiayaan Perumahan-i Bank Rakyat

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    2.60 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Bertempoh
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    5 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPembiayaan Perumahan-i Bank Rakyat?

  • Permohonan Bersama dibenarkan dan mesti berkaitan

  • Skim pemotongan gaji untuk kakitangan kerajaan

icon Kelayakan

Umur Minima: 18 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Maklumat Lanjut Mengenai Produk Tersebut

  • Bank Rakyat menawarkan pakej pinjaman perumahan Islamik asas melalui produk Manzili Home-i Financing. Ianya adalah pakej pembiayaan rumah yang mematuhi Shariah dengan kaedah pembayaran yang mudah yang sudah tentunya menarik perhatian kakitangan kerajaan. Melalui Manzili Home-i Financing, anda boleh melakukan pembayaran balik pinjaman secara automatik dengan pemotongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (perkhidmatan khas untuk kakitangan kerajaan), pemotongan gaji untuk pekerja swasta serta pemotongan melalui akaun simpanan. Pinjaman perumahan Bank Rakyat mempunyai tempoh lock-in selama 5 tahun serta yuran penalti sehingga 5% dari jumlah terkumpul pinjaman sekiranya anda bercadang untuk melakukan penyelesaian awal dan membayar secara penuh pinjaman anda di dalam tempoh ini. Dibandingkan dengan produk pinjaman dari bank-bank lain, tempoh 5 tahun dan yuran penalti ini adalah antara yang terpanjang dan tertinggi di pasaran semasa. Margin pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga 90% dan juga tambahan 5% untuk pembiayaan polisi MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) dan kos kemasukan yang lain. Tempoh pinjaman boleh mencapai sehingga 35 tahun (berdasarkan garis panduan baru Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun.

  • Pakej pembiayaan rumah dan refinancing yang mematuhi prinsip Shariah yang ditawarkan oleh Bank Rakyat, iaitu Manzili Home-i Financing direka secara spesifik untuk memenuhi keperluan pelanggan perbankan Islamik. Ciri-ciri utama pakej ini adalah seperti di bawah.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    Manzili Home-i Financing
    • Kadar keuntungan rendah
    • Margin pembiayaan sehingga 95% (termasuk MRTA)
    • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun
    Tidak
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Bank Rakyat, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Bank Rakyat untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Bank Rakyat adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • Pembayaran semula pinjaman perumahan Bank Rakyat boleh dilakukan melalui salah satu kaedah mudah berikut:

    Pemotongan Gaji Secara Automatik
    : Ditujukan kepada kakitangan kerajaan (melalui Biro Perkhidmatan Angkasa) dan pekerja swasta (melalui pemotongan gaji)

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Bank Rakyat anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM Bank Rakyat
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Bank Rakyat anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Bank Rakyat.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Bank Rakyat.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada Bank Rakyat cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package