- Kadar Keuntungan
- Anda Bayar
- RM /mth
Pakej Pinjaman Perumahan Fleksibel
Fleksibiliti transaksi Akaun Semasa
Kos Perpindahan Sehingga RM20,000 Ditanggung, Tiada Bayaran Guaman Pinjaman, Duit Setem dan Yuran Penilaian apabila membuat pembiayaan semula dengan HSBC.
Tempoh Pinjaman | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan | 90% |
Sesuai Untuk | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
HSBC AMANAH menawarkan produk pinjaman perumahan Islamik fleksibel iaitu HomeSmart yang memberikan anda fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan keutamaan berbeza yang mungkin timbul pada masa hadapan. Jadual di bawah merumuskan ciri-ciri utama kedua-dua pakej ini.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
Home Smart |
|
Ya |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Home Smart-i | |
---|---|
Jenis Flexi | Fleksi penuh |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Tidak |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | RM10 sebulan |
Yuran Redrawal | Tiada |
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan HSBC AMANAH, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan HSBC AMANAH untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari HSBC AMANAH adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
HSBC AMANAH mempunyai rangkaian cawangan yang besar di Malaysia dan menjadikannya amat mudah untuk melakukan pembayaran semula. Cara-cara berikut boleh digunakan untuk membayar semula pinjaman perumahan HSBC AMANAH.
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa HSBC AMANAH Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan
Mesin ATM HSBC AMANAH
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa HSBC AMANAH anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan HSBC AMANAH
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan HSBC AMANAH
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada HSBC AMANAH cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN
HSBC AMANAH menawarkan pakej pinjaman perumahan Islamik fleksibel yang berdasarkan prinsipal Diminishing Musharakah. Melalui pinjaman perumahan HomeSmart-i, anda boleh lakukan pembayaran awal serta pengeluaran pada bila-bila masa tanpa sebarang caj dan tidak perlu mengemukakan sebarang notis terlebih dahulu. Selain itu, anda boleh satukan kesemua deposit anda termasuk gaji dan simpanan ke dalam satu akaun HomeSmart-i dan ini boleh merendahkan jumlah bayaran keseluruhan. Ciri-ciri pakej pinjaman perumahan HSBC AMANAH ini adalah termasuk, margin pembiayaan sehingga 90% dan tempoh pinjaman sehingga 35 tahun (mengikut garis panduan dari Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun. Melalui pakej pinjaman perumahan HSBC AMANAH, anda boleh dapatkan Produk Takaful untuk perlindungan penuh ke atas rumah serta perlindungan peribadi.
Peminjam mesti berumur 18 tahun ke atas.