- Kadar Faedah
- Anda Bayar
- RM /mth
Pakej Flexi
Pilih semula dan sediakan semula kemudahan yang tersedia
Tempoh Pinjaman: | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan: | 90% + 5% for GMTT (Group Mortgage Term Takaful) |
Sesuai Untuk: | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
Antara produk pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Public Bank adalah 5 Home Plan yang memberikan anda pilihan pembayaran balik tetap, flexi ataupun graduate dan juga MORE Plan yang direka untuk refinancing hartanah. Pakej 5 Home Plan memberikan peminjam fleksibiliti untuk memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah. Terdapat juga pilihan Graduate Home Loan yang membenarkan pembayaran faedah sahaja untuk tempoh awal pinjaman supaya dapat memaksimakan keupayaan kemampuan pembeli. Pinjaman perumahan Public Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun, di mana peminjam perlu membayar penalti penyelesaian awal sebanyak 2% jika mereka bercadang untuk melakukan refinancing ataupun menjual hartanah mereka. Nilai penalti ini bergantung kepada jumlah pinjaman terkumpul. Setiap pelan pinjaman perumahan Public Bank menawarkan pilihan Zero Entry Cost. Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 100% termasuk yuran perundangan, duti setem dan pembiayaan MRTA (Mortgage Term Reducing Assurance). Tempoh pinjaman pula boleh mencapai sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun. Pembelian Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Personal Accident Insurance (PA) adalah wajib.
Public Bank menawarkan variasi pakej pinjaman perumahan yang memenuhi pelbagai jenis pembelian yang berbeza. Maklumat lanjut Pakej 5 Home Plan dan MORE Plan dirumuskan seperti di bawah.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
5 Home Plan |
|
Ya, Semi-Flexi |
MORE Plan |
|
Ya, Full-Flexi |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
5 Home Plan | MORE Plan | |
---|---|---|
Jenis Flexi | Semi-flexi | Full-flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Tidak | Tidak |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | Tiada | Tiada |
Yuran Redrawal | RM50 | RM50 |
Terma & Syarat Redrawal | Tiada | Tiada |
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Public Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Public Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Public Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Public Bank mempunyai rangkaian cawangan yang meluas di seluruh Malaysia. Selain dari ini, terdapat beberapa kaedah mudah untuk anda lakukan pembayaran.
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Public Bank
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Public Bank.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Public Bank.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada Public Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.