- Kadar Keuntungan
- Anda Bayar
- RM /mth
Pakej Full-Flexi
Kadar pembiayaan yang kompetitif dan margin kewangan
Pakej pinjaman perumahan dengan kadar tetap
Fasiliti overdraf disediakan
Tempoh Pinjaman: | Sehingga 35 Tahun |
Margin Pembiayaan: | 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA dengan insuran |
Sesuai Untuk: | Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing) |
Produk pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Public Islamic Bank adalah pakej pembiayaan rumah yang mematuhi prinsip Shariah. Produk terbaik Public Islamic Bank adalah pakej full-flexi Home Save-i, yang datang dengan sambungan akaun semasa. Anda boleh simpan wang lebihan seperti wang simpanan anda di dalam akaun semasa ini untuk mengurangkan pembayaran faedah pinjaman perumahan anda. Pengeluaran wang boleh dilakukan tanpa sebarang kos atau yuran. Pakej lain termasuklah Home/Term Equity Financing-i yang merupakan pinjaman berjangka asas dengan pilihan fasiliti pengeluaran semula. ABBA Financing-i pula adalah pinjaman perumahan dengan kadar berubah-ubah dengan pilihan fasiliti pengeluaran semula. 5 Home Loan pula didatangkan bersama pilihan pembiayaan Islamik pada kadar tetap dan mempunyai pilihan Zero Entry Cost. Pinjaman perumahan Public Islamic Bank mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun. Jika anda melakukan refinancing ataupun menjual hartanah anda dalam tempoh 3 tahun ini, anda perlu membayar tambahan sebanyak 2% dari jumlah terkumpul pinjaman kepada pihak bank.
Public Islamic Bank menawarkan pembiayaan hartanah berdasarkan Musharakah Mutanaqisah dan Bai Bithaman Ajil yang direka bentuk khas untuk pelanggan perbankan. Ciri utama pakej-pakej ini dirumuskan di dalam jadual di bawah untuk perbandingan anda.
Produk | Ciri-ciri Utama | Adakah ini Pakej Flexi? |
---|---|---|
Home / Term Equity Financing-i |
|
Ya, Semi-Flexi |
ABBA Financing-i |
|
Ya, Semi-Flexi |
5 Home Plan |
|
Ya, Semi-Flexi |
Home Save-i |
|
Ya, Full-Flexi |
Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.
Home / Term Equity Financing-i | ABBA Financing-i | 5 Home Plan | Home Save-i | |
---|---|---|---|---|
Jenis Flexi | Semi-flexi | Semi-flexi | Semi-flexi | Full-flexi |
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? | Tidak | Tidak | Tidak | Ya |
Yuran Penyelenggaraan Akaun | Tiada | Tiada | Tiada | RM10 sebulan |
Yuran Pengeluaran | RM50 | RM50 | RM50 | Tiada |
Terma & Syarat Pengeluaran | Tiada | Pengeluaran minimum RM5,000 | Tiada | Tiada |
Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Public Islamic Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:
Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Public Islamic Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Public Islamic Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.
Public Bank mempunyai rangkaian cawangan yang meluas di seluruh Malaysia. Selain dari ini, terdapat beberapa kaedah mudah untuk anda lakukan pembayaran.
Pemindahan Secara Online
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
: Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
: Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
: Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Public Islamic Bank
: Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Public Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Public Islamic Bank.
Mesin Express Payment
: Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Public Islamic Bank.
Pembayaran Melalui Pos
: Poskan kepada Public Islamic Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
: Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.