UOB Logo

Pinjaman Perumahan Pintar UOB Malaysia

  • icon Kadar Faedah
    Kadar Faedah
  • icon Standardised Base Rate
    Standardised Base Rate
    3.00 %
  • icon Jenis Pinjaman
    Jenis Pinjaman
    Pinjaman Fleksi
  • icon Tempoh Berkunci
    Tempoh Berkunci
    3 tahun

icon Standardised Base Rate Kalkulator Pinjaman Perumahan

RM
tahun
Kadar Faedah
Anda Bayar
RM /mth

Apa yang menarik tentangPinjaman Perumahan Pintar UOB Malaysia?

  • Pakej Full-flexi

  • Pembayaran balik yang fleksibel – Kekerapan harian hingga bulanan

  • Buka Prapembayaran - Bayar Lebih Untuk Lebih Jimat

icon Kelayakan

Umur Minima: 21 Tahun
Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTA dengan insuran
Sesuai Untuk: Rumah yang telah siap dan masih di bawah pembinaan serta pembiayaan semula (refinancing)

Maklumat Lanjut Mengenai Produk Tersebut

  • Pinjaman perumahan UOB datang bersama dengan tempoh lock-in selama 3 tahun dan penalti penyelesaian awal sebanyak 2% dari jumlah terkumpul pinjaman anda jika anda melakukan pembayaran penuh di dalam tempoh ini. UOB menawarkan empat pakej pinjaman perumahan berbentuk semi-flexi dan full-flexi dengan menawarkan pilihan pembayaran balik yang fleksibel dan juga tawaran pembayaran faedah sahaja untuk 2 tahun pertama.

    Pembayaran balik boleh dilakukan pada kadar harian atau bulanan. Payment holiday juga boleh diberikan (atas permintaan) semasa musim perayaan yang memerlukan perbelanjaan lebih atau semasa saat kecemasan. Untuk pelanggan utama UOB, versi perdana pakej ini disediakan dalam bentuk servis peribadi yang lebih mantap.

    Kedua-dua pakej membenarkan fasiliti overdraf yang datang dengan kos kadar faedah yang lebih tinggi dan yuran tahunan sebanyak RM120. Pakej Flexi Mortgage adalah pinjaman perumahan full-flexi yang membenarkan anda melakukan pembayaran secara lebih dari nilai ansuran bulanan demi menjimatkan caj faedah pada bila-bila masa.

    Dengan sambungan akaun semasa, Flexi Mortgage memberikan anda lebih fleksibiliti dalam melakukan pembayaran lebihan serta pengeluaran yang mudah apabila anda perlukan wang tunai. Fasiliti Flexi Mortgage juga bertukar secara automatik kepada fasiliti overdraf apabila 70% dari jumlah prinsipal telah dibayar.

    Dengan pinjaman perumahan UOB, anda boleh dapatkan pembiayaan sehingga 95%, termasuk MRTA (dengan syarat polisi dibeli dari Great Eastern Insurance). Tempoh maksimum pinjaman ialah 35 tahun (mengikut panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun.

  • Melalui iNTELLIGENT Home Loan, Flexi Mortgage, iHL Premier dan International Home Loan, UOB menawarkan pelbagai pakej pinjaman perumahan untuk memenuhi keperluan individu yang berbeza. Jadual di bawah merumuskan ciri-ciri utama empat pakej pinjaman perumahan untuk perbandingan anda.

    Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
    iNTELLIGENT Home Loan
    • Membenarkan peminjam untuk membayar nilai faedah sahaja (bukan nilai prinsipal pinjaman) untuk 2 tahun pertama
    • Kebebasan untuk melakukan pembayaran balik secara bulanan, mingguan, atau harian
    • “Payment holiday” membenarkan peminjam untuk melangkau ansuran semasa kecemasan dan musim perayaan
    • Fasiliti overdraf disediakan
    Ya, Full-Flexi
    Flexi Mortgage
    • Pinjaman perumahan dengan sambungan akaun semasa untuk akses pembayaran awal dan wang tunai
    • Membenarkan pembayaran secara lebih untuk penjimatan caj faedah
    • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun ATAU sehingga umur peminjam 70 tahun
    • Pinjaman akan bertukar kepada fasiliti overdraf secara automatik apabila 70% dari nilai hartanah telah dibayar
    Ya, Full-Flexi
    iHL Premier
    • Membenarkan pembayaran secara lebih untuk penjimatan caj faedah
    • Kebebasan untuk melakukan pembayaran balik secara bulanan, mingguan, atau harian
    • Payment holiday” membenarkan peminjam untuk melangkau ansuran semasa kecemasan dan musim perayaan
    Ya, Semi-Flexi
    International Home Loan
    • • Khas untuk warga asing yang membeli rumah di Malaysia
    • • Tempoh pinjaman sehingga 30 tahun ATAU sehingga umur peminjam mencecah 65 tahun
    • • Margin pembiayaan sehingga 80%
    Tidak
  • Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

      iNTELLIGENT Home Loan Flexi Mortgage iHL Premier International Home Loan
    Jenis Flexi Semi-Flexi Full-Flexi Semi-Flexi Semi-Flexi
    Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Ya Tidak TIdak
    Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada RM120 (dibayar sekali) Tiada Tiada
    Yuran Redrawal RM50 Tiada RM50 RM50
    Terma & Syarat Pengeluaran Jumlah minimum pengeluaran RM2,000 Tiada Jumlah minimum pengeluaran RM2,000 Jumlah minimum pengeluaran RM2,000
  • Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan UOB Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

    • Borang Permohonan
    • Kad Pengenalan
    • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
    • Salinan Individual Title Deed
    • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
    • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
    • Borang EA terkini
    • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
    • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan
  • Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan UOB Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma. Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari UOB Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

  • UOB mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia meskipun sedikit kecil berbanding bank tempatan lain. Walaubagaimanapun, pembayaran balik boleh dilakukan dengan mudah melalui cara-cara berikut.

    Pemindahan Secara Online
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa UOB Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.

    MEPS
    : Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.

    Interbank GIRO
    : Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.

    Fasiliti Standing Instruction
    : Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.

    Mesin ATM UOB Bank
    : Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa UOB Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan UOB Bank.

    Mesin Express Payment
    : Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan UOB Bank.

    Pembayaran Melalui Pos
    : Poskan kepada UOB Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.

    Perbankan Telefon
    : Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.

Dapatkan tips kewangan mingguan!

*Tips percuma. Batalkan langganan bila-bila masa.
image of two hands holding a package