Buat keputusan #WangPintar untuk setiap detik kehidupan
Misi Kami
Wang ringgit bukanlah segala-galanya, namun ia penting untuk setiap detik kehidupan kita.
Sama ada anda sedang mencari kereta pertama atau ingin memulakan sebuah keluarga, kami sedia membantu memenuhi impian anda dengan membuat keputusan kewangan yang bijak.
Khidmat kami merangkumi alat yang ringkas dan pendapat yang bebas jargon, untuk memudahkan urusan kewangan supaya anda boleh menguruskan perihal kewangan anda dengan sepenuhnya.
Sejak dari 2012, kami telah
Layanan Kami
Sama ada anda sedang mencari produk perbankan yang terbaik atau ingin tahu tempat pelaburan yang selamat, kami sedia membantu anda.
Perjalanan Kami
Bermulanya pada tahun 2012, azam kami untuk membantu pengguna mencapai matlamat mereka dengan membuat keputusan kewangan yang bijak telah mendorong kami untuk membawa inovasi dan menambah baik servis dan cara penyelesaian kami. Keazaman ini menjadi pemacu kami untuk berkembang daripada laman sesawang perbandingan kewangan kepada kami yang sekarang: Sebuah hab sehenti yang memudahkan pengguna untuk membuat keputusan kewangan bijak melalui teknologi inovatif dan pendapat yang bebas jargon.
Setakat ini, kami telah membantu lebih 29 juta pengguna di seluruh Malaysia dan Filipina dalam pengurusan kewangan peribadi mereka melalui perbandingan pintar, aplikasi ringkas, alat, dan tips kewangan. Kami juga telah bekerjasama dengan lebih 90 rakan kongsi servis kewangan dan agensi kerajaan untuk memperkasakan kemahiran kewangan pengguna.
Pada tahun 2020, kami menjadi sebahagian daripada JurisTech, sebuah syarikat teknologi kewangan B2B yang berpusat di Malaysia yang turut berkongsi visi kami untuk memberikan penyelesaian dan kualiti yang hebat di dalam industri kewangan.
Nilai Kami
Di iMoney, nilai-nilai utama kami telah menjadi panduan dalam usaha dan hasil kerja kami. Daripada produk-produk yang tersenarai di laman sesawang kami sehinggalah kepada kempen yang kami jalankan sendiri dan bersama rakan rasmi, kami mengutamakan nilai-nilai ini pada setiap tahap perancangan dan keputusan.
Kenali Kami
-
- See Wai Hun
- Chief Executive Officer
-
- Naaman Lee
- Chief Operations Officer
-
- John Lim
- Chief Technology Officer
-
- Yap Ken Han
- General Manager of iMoney Group
-
- Carolina Cheah
- Head of Content
-
- Melissa Sim
- Head of Tech
-
- Rekha Sambamoordy
- Head of CCA